Tuesday, July 14, 2009

10 MUWASAFAT TARBIYYAH

Untuk menjadi seorang muslim yang berjaya khususnya untuk para pelajar, kita mestilah mempunyai kriteria-kriteria yang baik. Disiplin diri amat penting dalam segala hal. Antara ciri-ciri didikan yang perlu ada pada setiap individu muslim adalah:

1. Akidah yang sejahtera
2. Ibadat yang sahih
3. Akhlak yang mantap
4. Luas pengetahuan
5. Bermanfaat pada orang lain
6. Sangat menjaga masa
7. Tersusun urusannya
8. Melawan nafsu
9. Mampu berdikari
10. Sihat tubuh badan

Selamat beramal dan senyum-senyum selalu...

Friday, July 10, 2009

OH KAK MAS!!!

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, semalam masih lg sempat untuk membuka emel. Sedang mentelaah setiap emel yg dibaca, ade satu daripada emel itu membuat aku rasa begitu terharu. Bukan kerana dia memberi aku hadiah yang besar, bukan juga pangkat yang tinggi...tetapi aku terharu dengan semangatnya yang besar dan tinggi dalam perjuangan. Oh Kak Mas, kakak sulung dalam keluarga kami, entah mengapa emel mu itu seakan memberi satu motivasi dan perangsang kepadaku yang masih bertatih dalam memperjuangkan kebenaran. Aku kagum dengan semangat perjuanganmu serta suamimu. Banyak tanggungjawab yang dipikulmu, kau seorang isteri, ibu, anak, menantu dan sebagainya tetapi semangat untuk jemaah tidak pernah pudar. Malah setiap tanggungjawab itu dapat digalas dengan begitu baik. Aku tahu, resepimu untuk bertahan dalam perjuangan ini tidak lain tidak bukan hanyalah kerana niatmu begitu suci, Lillahitaala. Aku bersyukur Allah mempertemukan aku denganmu. Oh Kak Mas, kaulah serikandi perjuangan. Akhir kalam, semoga seluruh hidupmu sekeluarga diberkati oleh Allah. Gud luck kepada Kak Mas dan Abg Mohsen yang sedang melanjutkan pelajaran.

AKU MALU UNTUK MENEGUR PERKARA MUNGKAR

Ramai orang mengatakan belum cukup ilmu apabila ditanyakan mengapa tidak menegur orang yang berbuat salah. Tidak kurang juga yang mengatakan diri sendiri belum baik, mengapa perlu menegur orang lain. Bahkan ada juga yang mengatakan perlu apa menjaga tepi kain orang, tak perlu jadi 'busy body'. Adakah kita semakin menjadi manusia yang individualistik? Amat mementingkan diri sendiri? Dan banyak lagi alasan lain untuk tidak menegur.Barangkali sifat merendah diri atau memikirkan kelemahan dan kekurangan diri menjadikan kita tidak yakin dan akhirnya meninggalkan usaha mengajak kebaikan.

Persepsi Diri Yang Salah

Ada di antara kita yang memandang zaman ini menegur orang biarlah kepada mereka yang ber'authoriti' . Serahkan sahaja pada pak imam, ustaz atau ustazah. Ada yang berpendapat untuk menegur orang lain diri perlu menjadi maksum seperti nabi Muhammad s.a.w. Malu dengan latar belakang keluarga yang tidak sempurna didikan agama.



Kewajipan Nasihat Menasihati Bukanlah Untuk Orang Tertentu


Sudilah memberi teguran yang baik dan berhikmah, kerana tanpanya manusia akan selalu terbabas. Fitrah manusia yang selalu lupa dan terburu-buru, seringkali diruntun oleh gelodak nafsu. Berbanggalah diri sebagai seorang Islam, menjadikan kita ini sebahagian dari masyarakat yang membentuk manusia dari dalam dan luaran. Jika berdiam sahaja melihat buasnya dunia meladeni manusia, alamat kita sedang menuju kehancuran. Bukan sahaja melibatkan perhubungan sesama manusia, bahkan menyebarkan barah kepada bidang ekonomi, politik, pendidikan dan akhirnya diri sendiri. Terlalu mengharapkan orang lain kadangkala hanya meninggalkan harapan sahaja. Allah memberitahu di dalam al Quran yang bererti, hendaklah ada sebahagian dari golongan yang menyeru kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran. Mereka itulah orang yang berjaya. (Surah Ali Imran : 104)

Golongan yang disebutkan menurut Dr Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya Usul Ad-Dakwah; adalah orang Islam itu sendiri. Kita adalah umat yang terbaik yang lahir dari kelompok manusia wajib untuk mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran. Hukumnya sudah menjadi wajib pada masa kini kerana golongan yang menegur itu semakin mengecil jumlahnya. Menasihati bukan satu cara sahaja. Mereka yang rugi antaranya adalah yang tidak mahu berpesan-pesan kepada perkara kesabaran dan kebenaran. Tidak perlu dengan mengeluarkan hadith atau ayat al Quran yang kadangkala mad's(orang yang ditegur/didakwah) pun tidak tercapai akalnya hendak menerima kerana mereka sendiri jahil mengenainya.

Seorang muslim yang hebat mempunyai daya pemikiran yang kretif dan mempunyai semangat yang tidak putus-putus untuk mengajak manusia kepada kebaikan. Ada daya dengan tangan, maka penyampaian nasihat melalui tulisan atau lukisan. Menyentuh hati kadangkala lebih berjaya dengan diri kita yang menunjukkan kebaikan. Sentiasa bermanis muka, tersenyum, tidak mudah marah, suka menolong dan tidak celupar ketika menutur kata.

Allah melihat usaha kita

Pastinya, Allah tidak melihat kepada natijah kepada usaha kita. Maka, marilah nasihat-menasihati sesama kita kerana tiada kerugian dalam melaksanakan amar ma'ruf dan nahi munkar.

JOM TRY

Kepada sahabat2 yg slalu stress akibat tekanan kerja dan sebagainya, cubalah amalkan petua di bawah.
x rugi pun nk amalkan sebab x berbayar malah kita yg akn dibayar...

Menangani stress............cara Islam

* Menjaga solat fardu lima waktu dan memperbanyakkan solat sunat.
* Dengan amalan berzikir seperti bertakbir, bertahmid, bertasbih dan sebagainya merupakan amalan yang mampu menenangkan jiwa sebagaimana jaminan Allah SWT dalam surah ar-Ra’d ayat 28 maksudnya:

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia."

* Mengamalkan mendengar, membaca dan menghayati akan tafsir al-Quran. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa, "al-Quran adalah penawar kepada kesakitan minda" (Riwayat Bukhari).
* Meletakkan keyakinan bahawa kehidupan dunia ini adalah sementara dan akhirat jua tempat yang kekal selama-lamanya.
* Dengan amalan berdoa, memohon keampunan dan menyerahkan segala apa yang telah diusahakan bagi mengatasi tekanan diri untuk ketentuan-Nya. Allah SWT berfirman dalam surah al-Ghaafir ayat 60 bermaksud:

Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina."

Sunday, July 5, 2009

SELAMAT MEMULAKAN SEMULA SESI KULIAH

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi nyawa untuk meneruskan kehidupan di dunia yang fana ini. Masih diberi kesempatan untuk memohon ampun kepadaNya dan masih sempat untuk menaip pada hari ini. Syukur alhamdulillah juga sebab dapat menghabiskan masa selama hampir dua minggu menghadiri kursus fasilitator dan menjadi fasilitator untuk kemasukan pelajar2 baru. Sempat juga 'intip' adik2 baru untuk ajak join usrah. Insya Allah jika diperkenankan oleh Allah. erm...sesi kuliah dah pun bermula. So, mcm mane? Ada azam baru ke? azam lama dah tertunai blom? xpe, kita azam dulu...Insya Allah azam 3 hari....huhu (gurau je!!!). Dengan bermulanya sesi kuliah hari ni, maka akan bertambah la beban dan tanggungjawab kita sebagai seorang mahasiswa. Ditambah lagi dengan keje2 belakang tabir'.... so, bersiap sedia la ye sume!!! Kuatkan iltizam masing2...kalau boleh, dah ade jadual perancangan sendiri...baru la mudah nak manage masa kita...kan?? Tu je...akhir kata, Selamat Menempuh Sesi Kuliah yang baru...


eh,x abis lagi...boring2 ni, slalu terfikir pasal nk jual barang. Ade je terlintas di fikiran ni...nak jual topup la, kerepek la, dadih la...mklm la kata nk capai target RM1000 dalam akaun Mantap Corp... erm.....susah jugak!!!!

Saturday, July 4, 2009

JIWA KEPEMUDAAN




"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, akan ku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip ramainya bilangan mereka, tetapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku bersama-sama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah"
~As-Syahid Imam Hassan Al-Banna~

POLITIK DARI KACAMATA BUDAK 9 TAHUN

Sebuah keluarga dari golongan pertengahan, dimana suami dan isteri bekerja. Mereka mempunyai dua orang anak. Seorang lelaki berusia 9 tahun dan seorang perempuan berusia setahun. Segala urusan rumah di kendalikan oleh seorang pembantu rumah Indonesia .

Pada suatu malam, ketika sedang makan malam sekeluarga, si anak sulung yang berusia 9 tahun itu bertanya pada si ayah, "Ayah, apa itu politik?".

Tersedak si ayah mendengar persoalan anaknya itu. Jawab ayah, "Politik itu macam keluarga kita. Ayah dapatkan wang untuk keluarga kita, ayah adalah kapitalis, Mama gunakan wang itu untuk menguruskan keluarga kita, jadi mama adalah kerajaan. Kakak pembantu rumah kita adalah golongan pekerja. Kamu adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa depan. Faham?

Kelipok-kelipok mata si anak pejam celik. Memang tidak faham. Lantas si ibu mencelah, "Tak apa, malam ini waktu hendak tidur, kamu fikirkan apa yang ayah cakap dan cuba faham okay!"

Jadi semalaman si anak berusia 9 tahun itu tidak dapat lelapkan matanya berfikir tentang politik. Sehingga akhir sekali dia menjadi jemu dan hampir terlelap. Pada waktu itulah, si adik buat perangai. Meraung tengah-tengah malam pulak. Si anak itu pergi ke bilik ibu dan ayahnya hendak memberitahu bahawa adiknya yang bernama Abdullah itu sedang meraung kerana pampersnya sudah penuh najis.

Sampai di bilik dia lihat si ibu sedang lena tidur. Walau berkali-kali dipanggil, si ibu tetap tidur. Di lihat si ayah pula tiada di sebelah ibu. Jemu mengejutkan ibu yang tak bangun-bangun, dia mengambil keputusan ke bilik pembantu rumah. Bila dibuka bilik pembantu rumah, dia lihat si ayah sedang 'membelasah' (sendiri mau paham la...) si pembantu Indonesia itu. Akhir sekali si anak terpaksa menyalin pampers adiknya sendiri.

Sewaktu bersarapan esok pagi, si ayah bertanya, "Dah faham apa itu
politik?.

Si anak yang sedang selera makan selamba menjawab, "Dah!". Si ayah dan ibu terkejut dengan jawapan selamba itu.

Lantas si ibu mencelah, "jadi apa dia politik tu?".

Si anak tanpa mengangkat muka melihat ayah dan ibunya, dengan tenang menjawab. "sewaktu kerajaan sedang asyik tidur, golongan kapitalis menodai golongan pekerja. Akibatnya rakyat di abaikan dan masa depan bergelumang najis! Itulah politik".

Kali ini mata si ayah dan si ibu pulak yang kelipok-kelipok pejam celik.

Friday, May 15, 2009

BERKORBANLAH ADIK-ADIKKU!!!

ASSALAMUALAIKUM....
Agak lama juga saya menyepi dari mencoret ape yang terbuku di hati ini. blh dikatakan minggu lepas adalah minggu yang amat sibuk dan minggu yang amat memenatkan. namun inilah yang terpaksa diharungi kerana saya telah memilih untuk berada pada jalan ini. fuh, aku blh klasifikasikan memilih jalan ini seperti memakan hempedu. amat pahit, kelat...pedih untuk menghabiskan hempedu, namun sekiranya dapat menghabiskannya, kepuasan yang dapat dinikmati. begitu juga jalan ini. amat payah dan penuh dugaan, tapi nikmat dan kemanisan yang dirasai itulah yang memberi kekuatan untuk meneruskan langkah ini. blh tahan jugak ayat saya ni kan? blh la buat novel nanti. kikiki....

Erm...sebenarnya saya nk cerita aktiviti saya sepanjang minggu lepas. cerita ni bermula dengan....ape ek????
ah...habis je last paper 8hb tu, lps solat jumaat, saya terus ke MELAKA... naik bas..dari UTHM ke BP naik bas...dari BP ke MELAKA naik bas lg...smpai je kat MC, naik bas lg untuk ke tempat yang ditujui...barape kali naik bas da...smpai lbh kurang pukul 8 mlm..penat2...terus je solat jamak maghrib dgn isyak...pastu terus ade keje yang nk kena buat...xpe la, ni la yang dikatakan tarbiyah!!!

Duduklah saya berprogram kat sana lbh kurang 4 hari.Kesian tngk kat adik2,kena belasah tp xpe la...tarbiyah!!!...12hb tu bertolak balik ke UTHM...naik bas lg...tp xpe, tarbiyah!!! Smpai kat U lbh krng pkl 1.00ptg. tak abis penat,ptg tu pkl 2.30ptg dah stat meeting Kelab Iqra' plak...
bermeeting la saya selama 2 hari turut2...rest pun time nk solat dgn makan jew...wa..penatnya!!!

Habis je meeting utk penambahbaikan program semester depan...saya tolonglah plak sahabat2 yang nk berpindah rumah...xde la byk sngt pun tp dapat la jugak ringankan beban diorang. kesian,byk sngt barang2 yang perlu dipindahkan. dah la kaki tangan xcukup. yg ade ramai, tp biasa la ramai yang berlagak diva...diva la sngt!!! nyampah aku tngk..jgn hrp la aku nk respect korang eh si diva tahi kucing!!...yg bertungkus lumus mengerah kudrat hanya beberapa kudrat je, Abg Amir, Abg Zaim, Syafiq Rahman...pastu ade la jgk shbt2 lain yaang tolong mcm Abg Sar, Fad, Abg Rizan, Abg Hadi.... tuan badan yang nk duduk rumah tu nanti, lepak je keje...hampeh!!! ko tahu hampeh tu ape??? hampeh tu sampah la woi....amik ko rasakan!!!
kata ber'organisasi' tp xde lngsng rasa nk tolong sesama shbt...

Dah la,aku pun malas nk pkr psl org mcm tu...xde faedah...memeningkan kepala lg la...
pastu aku pun beli la tiket ke Perak, nk pi rumah kakak. ma dgn abah pun ade kat sana. blh balik skali dgn diorang. x sempat nk tolong smpai habis pindahkan barang2 sahabat yg bertungkus lumus tu. saya pun terpaksa balik!!!
ape yang saya nk cerita sebenarnya ni ek?? xde pape cuma terdetik di hati saya, banyaknya pengorbanan yang terpaksa diberikan. x kira dari sudut duit mahupun tenaga. untuk adik-adik yang baru sahaja melafazkan 'ikrar' untuk menjadi sebahagian dari warga kami ini semoga korang sume tabah dan sabar menghadapinya.... inilah sunnah orang yang berjuang!!! sama2lah kita berganding bahu dalam menjalankan dakwah kampus ini... I'Allah setiap perkara yang kita lakukan akan bertambah kuat dan menjadi semakin mudah. Sesuai dengan Firman Allah didalam Surah As-Saff ayat 4 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh"
(Surah As-Saff, Ayat 4)

Sama-samalah kita mengaplikasikannya dan semoga kita terus istiqamah dalam jalan yang penuh onak duri ini. TAKBIR!!!

Sunday, May 3, 2009

BENARKAH??

Aku seakan tidak percaya, hanya sehari aku meninggalkan asramaku kerana menemani sahabatku yang tinggal berseorangan di rumah abangnya, ternyata banyak benda yang berlaku. Masih dalam keadaan terkejut dan masih tidak percaya atas apa yang berlaku. Pada malam itu, selepas maghrib semasa di masjid, aku menyapa sahabatku untuk mengingatkan dia tentang janji kami untuk ke Batu Pahat bersama-sama disamping melawat keluarga angkatnya di Kg. Baru. Aku gelarkan dia sahabat A. Dia seolah-olah pening dan memberikan jawapan yang pelik kepadaku. Aku tidak faham akan jawapannya dan ingin bertanya lagi, namun aku sedih kerana dia berlalu tidak menghiraukan aku lagi. Aku pelik, bingung kerana selama ini sahabatku itu tidak pernah bersikap demikian. Tak mengapa,bisik hatiku kerana untuk menenangkan hati serta bersangka baik terhadap sahabat. Aku meninggalkan masjid dan ke kafe untuk makan malam bersama sahabat yang lain. Namun, atas sikap sahabat tadi aku menjadi tidak selera untuk menjamah nasi. Aku sekadar minum air. Selepas berborak dengan sahabat yang lain, azan isyak berkumandang. Aku bergegas ke masjid. Mataku melilau-lilau mencari sahabatku tadi, namun aku menjadi semakin hairan apabila dia tiada di masjid. ???ke mana dia pergi??? soalan itu bermain dibenakku. aku persetankan saja perasaan pelik terhadap sahabatku tadi kerana aku berjanji dengan seorang sahabat lain untuk temankan dia study dan tidur di rumah abangnya kerana dia keseorangan. Aku gelarkan dia sahabat BSelepas isyak, aku terus ke rumah sahabatku dengan menaiki motosikal yang dipinjam dari sahabatku yang lain. Aku gelarkan dia sahabat C. Aku memecut laju ke rumah sahabat B. Selepas sampai,aku keluar dengan dia untuk makan malam. Dia belum makan, aku pun belum. Habis makan, kami balik dan tengok TV. Time tu rancangan AIM di NTV7. Misha Omar menang Kategori Album Pop Terbaik!!! hehe... Saje je sebagai selingan. Aku berborak panjang dengan sabat B ni sampai tertidur. Ingatkan nak study tapi faham-faham je la sifat kemalasan yang tinggi dalam diri aku ni....haha. Pagi tu ingatkan nak solat subuh berjemaah kat masjid tapi bangun lewat ckit. terpaksa la kami solat jemaah kat rumah je. Habis je sembahyang, kami tengok TV jap. Saluran Astro Oasis. sejuk hati dengar zikir pagi-pagi,menginsafkan!!! lepas tu, kami buat cekodok pisang. yang kelakarnya masing-masing tak pandai nak guna blender masa nak kisar pisang. Buat ape yang tahu, campur la gandum dengan pisang tadi yang dikisar dengan gula,garam, telur. pastu goreng, dan akhirnya makan beserta air teh. Sedap jugak,boleh tahan la...huhu. Dalam pukul 10.45 tertidur jap, alih-alih bangun dah pukul 11.15. Eh, pagi tu aku ada liqa' dengan sahabat/iah batch aku. Buat majlis ckit untuk shbt/iah yang nk graduate sem ni... Majlis sepatutnya start pkl 11.30 tp kami smpai dlm pkl 12.00 gitu. Segan gila nk masuk, dah ramai yang sampai, kami berdua je yang lambat. Sedih jugak bila setiap orang bagi ucapan. hiba sngt2. Dalam sibuk menyampaikan amanat masing-masing, aku perasan yang sahabat aku si A yang bersikap pelik tidak hadir. Aku musykil,kenapa dia tidak hadir!!! Aku terus msg shbtku yg juga roomate kpd sahabat A tadi. Aku gelarkan dia sahabat D. Aku tanya, kenapa si A tidak hadir ke liqa' pagi ti, dia membalas dgn 'sakit'. Owh, mungkin demem, aku mentafsir. Namun tafsiranku salah apabila aku menerima panggilan telepon dari senior untuk bertanya ttng shbt A tadi. Aku bingung, sakit yang dimaksudkan itu sebenarnya ape?? Aku makin bingung. Aku terus msg shbt D tadi, ternyata tepat shbt A tadi bkn sakit biasa. Habis je liqa' aku minta penjelasan dari Shbt D ape sebenarnya yang berlaku. Alangkah terkejut beruknya aku bilamana dimaklumkan shbt A tadi berada di tingkat atas blok asrama seolah-olah org hilang akal. Dia memanjat bangunan. Nasib baik dia tidak terjun bangunan itu. Namun dia seolah-olah orang yang tidak keruan. tidak ada hala tuju. tidak tahu ape yang perlu dilakukan. itulah yang diceritakan sahabat D tadi. Ya Allah, sahabat aku ke tu?? Aku seolah tidak percaya kerana dia bertindak begitu.Kebelakangan ini memang dia bnyk berubah. Dari seorang yang tidak bercakap byk melainkan perkara penting shj tiba2 dia menjadi seorang yang suka bercakap. suka memberi nasihat. suka memberi tazkirah. selain itu, shbtku juga ada mengatakan yang dia seolah-olah tidak tahu apa yang dilakukannya. Dia main badminton tp selepas tu, dia dah tak ingt yang dia main badminton. petang sebelum kejadian juga, aku diberitahu dia mencari bahan terbuang di merata tempat. pelbagai bahan terbuang yang dipungutnya. kotak, gunting patah, bekas syampu, kertas exam yang dibuang, dan macam-macam lagi la... Dia menulis kata-kata semangat di kertas dan menampal di biliknya. Penuh satu bilik kata-kata semangat yang ditampalnya. sungguh ku tak sangka. Aku kecewa dengan diriku sendiri kerana tidak menyedari perubahan pelik yang berlaku kepada sahabat A itu. Sekarang dia di hospital. Keadaan stabil cuma dia seolah-olah masih bukan berada di dunia yang nyata. Kenapa ye?? perkara ini masih dalam pembongkaran. Kami akan siasat punca sebenar dia bersikap begitu. bukan niat untuk mengaibkannya cuma sebagai pengajaran kepada kita semua. Cuma apa yang pelik, selepas berborak dengan kawan2nya, kami diberitahu mereka pernah ternampak dia memakai sesuatu di perutnya seolah-olah tangkal. Aku dan roomatenya bergegas mencari benda yang dimaksudkan. ternyata benar, kami menemui sesuatu seperti ape yang digambarkan olah kawan2nya. Seolah-olah tidak percaya ape yang sedang aku alami ketika itu. Tapi benda itu masih belum dipastikan adakah benar ia sebuah tangkal. Belum menyoal siasat lagi atas keadaan dia yang tidak mengizinkan. bukan untuk membuka aib tapi sekadar untuk renungan bersama. Doakan semoga dia cepat sembuh dan kembali normal. Semoga ia tidak berlaku kepada kita dan seluruh ahli keluarga kita serta sahabat2 lain. InsyaAllah. Percaya hanya Allah tempat kita bergantung kerana hanya dia yang Maha Kuasa.
wallahualam...

FAHAMKAH KITA??


Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk menulis dan menaip untuk sedikit perkngsian bersama. Hmm,hampir setahun saya menjadi seorang pejuang kampus yang berbaiah. Banyak dugaan yang mendatang, ada yang dapat saya gagahi dan ada juga yang saya gagal hindari…semoga mendapat keampunan dari Allah SWT.. Hmm,apa yang saya nak kongsikan sebenarnya?? Sabar, jangan risau nnti saya terangkan. Takde la besar sngt pun isu ni cuma mungkin dapat memberi sedikit peringatan kepada shbt2 sume…
Kita byk bercakap bab ukhwah. Tak kira la yang belajar kat UTM ke, UTEM ke, UTHM ke, UMK ke, rata-rata cakap or bincang bab ukhwah. Ukhwah ni blh diukur ke? Tapi sejauh mana kita berlapang dada dengan kekurangan shbt2 kita?? Tepuk dada,Tanya iman. Seama ini kita diterapkan dengan konsep iman ,ukhwah, amal jamaie sebagai bekal dalam menghadapi perjalanan dakwah kita. Iman menjadi sumber kekuatan terbesar kepada setiap ahli. Ukhuwah yang dapat mengubah beratnya jalan dakwah menjadi lebih mudah dan indah. Amal jamai pula yang membuat dakwah menjadi profesional. Tapi berapa ramai yang faham erti sebenar apa maksud tersirat disebalik tiga perkataan ini. Masih ramai yang tidak faham. Masih ramai yang tidak hadam. Masih ramai yang tidak sedar. Termasuklah insan hina lagi dhaif yang sedang menaip ini. Masalah2 ini menjejaskan gerak kerja dakwah dan proses pengkaderan. Kita tidak menoleh kehadapan untuk membawa seramai mungkin mad’u dalam jalan dakwah ini. Kita biarkan ego dan perasaan kita hanyut dengan masalah-masalah seperti ini,sedangkan masalah ini tidak perlu wujud jika kita benar-benar faham sahabat kita. Masalah-masalah ini menjadi salah satu yang menghalang kepada gerak kerja dakwah dan pengkaderan. Masalah-ini juga boleh menyebabkan timbulnya masalah hati, sehingga menjadi barah dalam suatu organisasi itu sendiri. “Ah, Si Bonat tidur la tu,suruh pasang poster pun malas”, “Ah, Si Pandir ni, meeting pun tak datang,susah la mcm ni”, “Ah, Si Mamat ni, kuliah haraki pun tak datang”. Ni la antara kata-kata jahat yang memang berlaku dalam organisasi sekarang ni. Yang dia tahu, orang ni salah sebab tak buat benda yang sepatutnya. Tapi, adakah kita selidik kenapa Bonat tak turun pasang poster, kenapa Pandir tak datang meeting, kenapa Mamat tak pegi kuliah haraki?? Ada kita tanya dan selidik?? Mana la tahu, Bonat ada masalah yang penting untuk diselesaikan, Pandir ada discussion projek dengan kawan-kawan, Mamat ada kelas ganti untuk dihadiri. Manusia ni bukan sempurna, kadang-kadang ada melakukan kesilapan. Jadi, berlapang dada lah dengan sahabat2 kita. Kerana ukhwahlah saat kita hampir terjatuh, dapat kembali bertahan. Peringatan tulus ikhlas dari saya untuk diri sendiri dan sahabat2 sekalian. Kini aku betul-betul sedar, sahabat2 yang dianugerahkan olah Allah sangat bernilai dan tidak boleh dipersia-siakan. Bersatu kita teguh, bercerai kita kawin lagi…hehehe.
“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh” (As-Saff, ayat 4
Takbir!!!

Saturday, April 25, 2009

Aku Farisi

Assalamualaikum.....
Alhamdulillah, dengan izin Allah dpt juga buat blog yg xseberapa ini...
walaupun beberapa kali hasrat untuk memiliki blog sendiri tertangguh....
xpe la, yg penting, impian untuk memiliki blog sendiri dah tertunai...hehe
tp xtau la dapat istiqamah atau x dlm menulis blog ni....huhu
semoga blog ni dapat menjadi wadah kepada saya dan anda semua sbg mahasiswa untuk meluahkan, menerangkan, berkongsi idea, berkongsi cerita dsb...
Kini hnya tinggal bbrapa paper je g utk final exam kali ini..
Alhamdulillah,paper yang lepas dapat dijawab sesuai dgn ape yg diusahakan....
sblm mggu exam aritu, byk sngt dapat msg dari shbt2 ttg wish gud luck exam...
especially dari shbt2 saya yg amat disayangi kerana Allah, keluarga MANTAP CORP....
trimas shbt2 sekalian kerana memberi smngt utk saya lbh rajin dan tekun utk hadapi final exam..
maaf xrply msg shbt2 sume sbb xde mood nk 4wd msg... huhu..
lps ni ade program...abis je paper pagi tu, ptg dah kena pegi ke tapak program...
program ape? ade la....xblh bgtau...syhhhh...jeng jeng jeng....
terkilan la jgk...sbb ade dua program yg bertindan...terpaksa la piih salah satu yg lebih utama...
sedih, besar sngt2 hajat dihati utk ziarah Melaka...tp nk wat camner...sob sob sob...
windu kat shbt2 sume... arif,nizam,syafiq,daoh,haiy,faris,hilmi,nik,muhammad,faisal,azreen,azizi,afiq(nun jauh di Mesir, abg mohsen,kak mas, sume muslimat...sayang kamu sume kerana Allah...
sukar utk saya mencari ukhwah yang telah kita bina selama ini di rantau ini...trima kasih kerana menjadi sahabat saya...
saya tahu, skrang ni shbt2 byk yg sibuk kerana ditaklifkan sbg pimpinan...
byk dugaan yang menduga,tp harap sabar dan terus istiqamah dlm perjuangan...
yakinlah dgn janji Allah...
rasanya setakat itu dahulu nukilan yang pertama dari saya...
semoga bertemu lagi....
assalamualaikum...
Ukhwah Fillah Abadan Abada
Mantap Corporation
Membangun Bersama Islam
Islam 4 All