Tuesday, July 14, 2009

10 MUWASAFAT TARBIYYAH

Untuk menjadi seorang muslim yang berjaya khususnya untuk para pelajar, kita mestilah mempunyai kriteria-kriteria yang baik. Disiplin diri amat penting dalam segala hal. Antara ciri-ciri didikan yang perlu ada pada setiap individu muslim adalah:

1. Akidah yang sejahtera
2. Ibadat yang sahih
3. Akhlak yang mantap
4. Luas pengetahuan
5. Bermanfaat pada orang lain
6. Sangat menjaga masa
7. Tersusun urusannya
8. Melawan nafsu
9. Mampu berdikari
10. Sihat tubuh badan

Selamat beramal dan senyum-senyum selalu...

Friday, July 10, 2009

OH KAK MAS!!!

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, semalam masih lg sempat untuk membuka emel. Sedang mentelaah setiap emel yg dibaca, ade satu daripada emel itu membuat aku rasa begitu terharu. Bukan kerana dia memberi aku hadiah yang besar, bukan juga pangkat yang tinggi...tetapi aku terharu dengan semangatnya yang besar dan tinggi dalam perjuangan. Oh Kak Mas, kakak sulung dalam keluarga kami, entah mengapa emel mu itu seakan memberi satu motivasi dan perangsang kepadaku yang masih bertatih dalam memperjuangkan kebenaran. Aku kagum dengan semangat perjuanganmu serta suamimu. Banyak tanggungjawab yang dipikulmu, kau seorang isteri, ibu, anak, menantu dan sebagainya tetapi semangat untuk jemaah tidak pernah pudar. Malah setiap tanggungjawab itu dapat digalas dengan begitu baik. Aku tahu, resepimu untuk bertahan dalam perjuangan ini tidak lain tidak bukan hanyalah kerana niatmu begitu suci, Lillahitaala. Aku bersyukur Allah mempertemukan aku denganmu. Oh Kak Mas, kaulah serikandi perjuangan. Akhir kalam, semoga seluruh hidupmu sekeluarga diberkati oleh Allah. Gud luck kepada Kak Mas dan Abg Mohsen yang sedang melanjutkan pelajaran.

AKU MALU UNTUK MENEGUR PERKARA MUNGKAR

Ramai orang mengatakan belum cukup ilmu apabila ditanyakan mengapa tidak menegur orang yang berbuat salah. Tidak kurang juga yang mengatakan diri sendiri belum baik, mengapa perlu menegur orang lain. Bahkan ada juga yang mengatakan perlu apa menjaga tepi kain orang, tak perlu jadi 'busy body'. Adakah kita semakin menjadi manusia yang individualistik? Amat mementingkan diri sendiri? Dan banyak lagi alasan lain untuk tidak menegur.Barangkali sifat merendah diri atau memikirkan kelemahan dan kekurangan diri menjadikan kita tidak yakin dan akhirnya meninggalkan usaha mengajak kebaikan.

Persepsi Diri Yang Salah

Ada di antara kita yang memandang zaman ini menegur orang biarlah kepada mereka yang ber'authoriti' . Serahkan sahaja pada pak imam, ustaz atau ustazah. Ada yang berpendapat untuk menegur orang lain diri perlu menjadi maksum seperti nabi Muhammad s.a.w. Malu dengan latar belakang keluarga yang tidak sempurna didikan agama.



Kewajipan Nasihat Menasihati Bukanlah Untuk Orang Tertentu


Sudilah memberi teguran yang baik dan berhikmah, kerana tanpanya manusia akan selalu terbabas. Fitrah manusia yang selalu lupa dan terburu-buru, seringkali diruntun oleh gelodak nafsu. Berbanggalah diri sebagai seorang Islam, menjadikan kita ini sebahagian dari masyarakat yang membentuk manusia dari dalam dan luaran. Jika berdiam sahaja melihat buasnya dunia meladeni manusia, alamat kita sedang menuju kehancuran. Bukan sahaja melibatkan perhubungan sesama manusia, bahkan menyebarkan barah kepada bidang ekonomi, politik, pendidikan dan akhirnya diri sendiri. Terlalu mengharapkan orang lain kadangkala hanya meninggalkan harapan sahaja. Allah memberitahu di dalam al Quran yang bererti, hendaklah ada sebahagian dari golongan yang menyeru kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran. Mereka itulah orang yang berjaya. (Surah Ali Imran : 104)

Golongan yang disebutkan menurut Dr Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya Usul Ad-Dakwah; adalah orang Islam itu sendiri. Kita adalah umat yang terbaik yang lahir dari kelompok manusia wajib untuk mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran. Hukumnya sudah menjadi wajib pada masa kini kerana golongan yang menegur itu semakin mengecil jumlahnya. Menasihati bukan satu cara sahaja. Mereka yang rugi antaranya adalah yang tidak mahu berpesan-pesan kepada perkara kesabaran dan kebenaran. Tidak perlu dengan mengeluarkan hadith atau ayat al Quran yang kadangkala mad's(orang yang ditegur/didakwah) pun tidak tercapai akalnya hendak menerima kerana mereka sendiri jahil mengenainya.

Seorang muslim yang hebat mempunyai daya pemikiran yang kretif dan mempunyai semangat yang tidak putus-putus untuk mengajak manusia kepada kebaikan. Ada daya dengan tangan, maka penyampaian nasihat melalui tulisan atau lukisan. Menyentuh hati kadangkala lebih berjaya dengan diri kita yang menunjukkan kebaikan. Sentiasa bermanis muka, tersenyum, tidak mudah marah, suka menolong dan tidak celupar ketika menutur kata.

Allah melihat usaha kita

Pastinya, Allah tidak melihat kepada natijah kepada usaha kita. Maka, marilah nasihat-menasihati sesama kita kerana tiada kerugian dalam melaksanakan amar ma'ruf dan nahi munkar.

JOM TRY

Kepada sahabat2 yg slalu stress akibat tekanan kerja dan sebagainya, cubalah amalkan petua di bawah.
x rugi pun nk amalkan sebab x berbayar malah kita yg akn dibayar...

Menangani stress............cara Islam

* Menjaga solat fardu lima waktu dan memperbanyakkan solat sunat.
* Dengan amalan berzikir seperti bertakbir, bertahmid, bertasbih dan sebagainya merupakan amalan yang mampu menenangkan jiwa sebagaimana jaminan Allah SWT dalam surah ar-Ra’d ayat 28 maksudnya:

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia."

* Mengamalkan mendengar, membaca dan menghayati akan tafsir al-Quran. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa, "al-Quran adalah penawar kepada kesakitan minda" (Riwayat Bukhari).
* Meletakkan keyakinan bahawa kehidupan dunia ini adalah sementara dan akhirat jua tempat yang kekal selama-lamanya.
* Dengan amalan berdoa, memohon keampunan dan menyerahkan segala apa yang telah diusahakan bagi mengatasi tekanan diri untuk ketentuan-Nya. Allah SWT berfirman dalam surah al-Ghaafir ayat 60 bermaksud:

Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina."

Sunday, July 5, 2009

SELAMAT MEMULAKAN SEMULA SESI KULIAH

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi nyawa untuk meneruskan kehidupan di dunia yang fana ini. Masih diberi kesempatan untuk memohon ampun kepadaNya dan masih sempat untuk menaip pada hari ini. Syukur alhamdulillah juga sebab dapat menghabiskan masa selama hampir dua minggu menghadiri kursus fasilitator dan menjadi fasilitator untuk kemasukan pelajar2 baru. Sempat juga 'intip' adik2 baru untuk ajak join usrah. Insya Allah jika diperkenankan oleh Allah. erm...sesi kuliah dah pun bermula. So, mcm mane? Ada azam baru ke? azam lama dah tertunai blom? xpe, kita azam dulu...Insya Allah azam 3 hari....huhu (gurau je!!!). Dengan bermulanya sesi kuliah hari ni, maka akan bertambah la beban dan tanggungjawab kita sebagai seorang mahasiswa. Ditambah lagi dengan keje2 belakang tabir'.... so, bersiap sedia la ye sume!!! Kuatkan iltizam masing2...kalau boleh, dah ade jadual perancangan sendiri...baru la mudah nak manage masa kita...kan?? Tu je...akhir kata, Selamat Menempuh Sesi Kuliah yang baru...


eh,x abis lagi...boring2 ni, slalu terfikir pasal nk jual barang. Ade je terlintas di fikiran ni...nak jual topup la, kerepek la, dadih la...mklm la kata nk capai target RM1000 dalam akaun Mantap Corp... erm.....susah jugak!!!!

Saturday, July 4, 2009

JIWA KEPEMUDAAN




"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, akan ku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip ramainya bilangan mereka, tetapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku bersama-sama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah"
~As-Syahid Imam Hassan Al-Banna~

POLITIK DARI KACAMATA BUDAK 9 TAHUN

Sebuah keluarga dari golongan pertengahan, dimana suami dan isteri bekerja. Mereka mempunyai dua orang anak. Seorang lelaki berusia 9 tahun dan seorang perempuan berusia setahun. Segala urusan rumah di kendalikan oleh seorang pembantu rumah Indonesia .

Pada suatu malam, ketika sedang makan malam sekeluarga, si anak sulung yang berusia 9 tahun itu bertanya pada si ayah, "Ayah, apa itu politik?".

Tersedak si ayah mendengar persoalan anaknya itu. Jawab ayah, "Politik itu macam keluarga kita. Ayah dapatkan wang untuk keluarga kita, ayah adalah kapitalis, Mama gunakan wang itu untuk menguruskan keluarga kita, jadi mama adalah kerajaan. Kakak pembantu rumah kita adalah golongan pekerja. Kamu adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa depan. Faham?

Kelipok-kelipok mata si anak pejam celik. Memang tidak faham. Lantas si ibu mencelah, "Tak apa, malam ini waktu hendak tidur, kamu fikirkan apa yang ayah cakap dan cuba faham okay!"

Jadi semalaman si anak berusia 9 tahun itu tidak dapat lelapkan matanya berfikir tentang politik. Sehingga akhir sekali dia menjadi jemu dan hampir terlelap. Pada waktu itulah, si adik buat perangai. Meraung tengah-tengah malam pulak. Si anak itu pergi ke bilik ibu dan ayahnya hendak memberitahu bahawa adiknya yang bernama Abdullah itu sedang meraung kerana pampersnya sudah penuh najis.

Sampai di bilik dia lihat si ibu sedang lena tidur. Walau berkali-kali dipanggil, si ibu tetap tidur. Di lihat si ayah pula tiada di sebelah ibu. Jemu mengejutkan ibu yang tak bangun-bangun, dia mengambil keputusan ke bilik pembantu rumah. Bila dibuka bilik pembantu rumah, dia lihat si ayah sedang 'membelasah' (sendiri mau paham la...) si pembantu Indonesia itu. Akhir sekali si anak terpaksa menyalin pampers adiknya sendiri.

Sewaktu bersarapan esok pagi, si ayah bertanya, "Dah faham apa itu
politik?.

Si anak yang sedang selera makan selamba menjawab, "Dah!". Si ayah dan ibu terkejut dengan jawapan selamba itu.

Lantas si ibu mencelah, "jadi apa dia politik tu?".

Si anak tanpa mengangkat muka melihat ayah dan ibunya, dengan tenang menjawab. "sewaktu kerajaan sedang asyik tidur, golongan kapitalis menodai golongan pekerja. Akibatnya rakyat di abaikan dan masa depan bergelumang najis! Itulah politik".

Kali ini mata si ayah dan si ibu pulak yang kelipok-kelipok pejam celik.