Tuesday, August 10, 2010

Menggamit RAMADHAN

Bismillahirrahmanirrahim...Alhamdulillah hari ni dah start puasa bulan Ramadhan...dapat juga jmpa ramadhan kali ni....mungkin ia ramadhan terakhir utk sy..jd hope that this ramadhan will be the best ramadhan for me...buat sehabis baik....since bertemu bulan ramadhan yg penuh dgn barakah dan nikmat yg Allah janjikan...rugi bagi sesiapa yg tidak mengambil peluang utk melakukan satu anjakan paradigma dalam setiap sudut dalam kehidupan....madrasah ramadhan sepatutnya menjadi satu medan tarbiyah utk para manusia utk come out with something special...jgn sblm ramadhan di level 1 but after finish ramadhan, level x berubah....tetap di level 1..rugi btol golongan mcm ni....jgn plak jd,sblm ramadhan di level 1, bila abis ramadhan, level jatuh ke 0.2...bkn rugi lg,tp celaka bg golongan spt ini...jdlah seperti golongan di mana, sblm ramadhan di level 1, but at the end of ramadhan, level tu dah smpai ke tahap 10...ni la baru btol...golongan yg pandai....bukan senang nk jmpa bulan ramadhan...sebulan dlm setahun je....maybe next ramadhan dah x jmpa lg...ajal bila2 boleh dtg...grab the chance for the best....bestof luck to me n all of u....

Saturday, July 31, 2010

The Winner is......

Alhamdulillah...imam muda telah pun melabuhkan tirainya malam semalam...dan alhamdulillah juga kerana imam muda asyraf telah dipilah menjadi juara sekaligus menjadi imam muda terunggul....harapan semoga imam muda asyraf dapat menjadi ikon belia dengan jayanya...itulah tugas berat yang terpaksa beliau dan 9 imam muda yang lain dalam melaksanakan dakwah islam itu sendiri...mereka kini menjadi public figure yang meletakkan harapan yang begitu tinggi terhadap mereka semua...setiap gerak geri dan tingkah laku akan diperhatikan dan dinilai oleh masyarakat sekeliling...jika hanya sedikit sahaja melakukan kesilapan,mereka akan dituduh bermacam-macam tohmahan...itulah persepsi masyarakat terhadap golongan begini...itulah tanggapan yang salah jika kita menghukum mereka sedemikian rupa...biasa la manusia...ade melakukan kesilapan...itulah juga hakikat bila kita bercakap berkaitan manusi..manusia x sempurna...nabi pun pernah melakukan kesilapan dan Allah tegur nabi di dalam Al-Quran...adat dalam bersahabat,adat dalam rumah tangga, adat dalam keluarga, adat dalam komuniti, kita kena terima seadanya orang yang kita hadapi...mereka juga manusia...kalau kita nampak mereka pada side yang positive sahaja,kita akan salahkan orang tersebut jika melakukan kesilapan hatta kesilapan yang dilakukan hanya kesalahan kecil...namun tidak bermaksud seseorang itu tidak perlu melakukan yang terbaik...peace no war...

Wednesday, July 28, 2010

FARISI RETURN

Assalamualaikum...

ehm..lama x update...lupa password sebenarnya...haha
baru je jumpa balik password tu...dia sembunyi kat dalam kotak...ish3...
setelah kian lama x menulis, rasa janggal nk menulis w/pun sebelum ni bukan pandai sangat pun menulis..huk2...
banyak isu2 semasa yang berlaku kat M'sia ni...dari Isu JI, isu harga minyak,gula naik, isu guru boleh berpolitik...menarik...sangat menarik...ramai yang kupas isu tu...sy pun bukan nk kupas isu tu pun....skrng ni sy terlalu 'gila' dengan program relaiti TV kat Astro...bukan Astro Ria, tp Astro Oasis...bukan Akademi Fantasia tp Imam Mda.....Jumaat ni dah grand finale...skejap je, baru tengok rasanya tp dah nk abis...harap2 program ni berterusan...jgn buat keje sekerat jalan...tp InshaAllah progrma ni akan terus bersiaran kerana Imam Muda berjaya menarik ramai peminat yang tersendiri...smpai ke media antarabangsa lg...input yg dapat pun byk daripada program ni...byk menginsafkan kita...dan byk ajar kita mcm mane nk jadi seorang pendakwah ataupun imam pada zaman moden yang penuh mencabar ni...Imam muda yang paling saya kagumi dan paling menonjol rasanya Imam Muda Asyraf...dia seorang yang sempoi...boleh melawak...ilmu byk...penampilan yg baik...ciri2 ni boleh dikatakan cukup untuk seorang Imam...biasa la,manuasia x sempurna tp yang penting try yg terbaek...hope,Imam Muda Asyraf dapat jadi Imam Muda yang terunggul...utk Imam Muda Hizbur pun...gud luck...haha...(diorang bukannya baca pun blog ni)
bermonolog sorang2 "kan bagus kalau diorang baca blog sy ni...haha"

Tuesday, July 14, 2009

10 MUWASAFAT TARBIYYAH

Untuk menjadi seorang muslim yang berjaya khususnya untuk para pelajar, kita mestilah mempunyai kriteria-kriteria yang baik. Disiplin diri amat penting dalam segala hal. Antara ciri-ciri didikan yang perlu ada pada setiap individu muslim adalah:

1. Akidah yang sejahtera
2. Ibadat yang sahih
3. Akhlak yang mantap
4. Luas pengetahuan
5. Bermanfaat pada orang lain
6. Sangat menjaga masa
7. Tersusun urusannya
8. Melawan nafsu
9. Mampu berdikari
10. Sihat tubuh badan

Selamat beramal dan senyum-senyum selalu...

Friday, July 10, 2009

OH KAK MAS!!!

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, semalam masih lg sempat untuk membuka emel. Sedang mentelaah setiap emel yg dibaca, ade satu daripada emel itu membuat aku rasa begitu terharu. Bukan kerana dia memberi aku hadiah yang besar, bukan juga pangkat yang tinggi...tetapi aku terharu dengan semangatnya yang besar dan tinggi dalam perjuangan. Oh Kak Mas, kakak sulung dalam keluarga kami, entah mengapa emel mu itu seakan memberi satu motivasi dan perangsang kepadaku yang masih bertatih dalam memperjuangkan kebenaran. Aku kagum dengan semangat perjuanganmu serta suamimu. Banyak tanggungjawab yang dipikulmu, kau seorang isteri, ibu, anak, menantu dan sebagainya tetapi semangat untuk jemaah tidak pernah pudar. Malah setiap tanggungjawab itu dapat digalas dengan begitu baik. Aku tahu, resepimu untuk bertahan dalam perjuangan ini tidak lain tidak bukan hanyalah kerana niatmu begitu suci, Lillahitaala. Aku bersyukur Allah mempertemukan aku denganmu. Oh Kak Mas, kaulah serikandi perjuangan. Akhir kalam, semoga seluruh hidupmu sekeluarga diberkati oleh Allah. Gud luck kepada Kak Mas dan Abg Mohsen yang sedang melanjutkan pelajaran.

AKU MALU UNTUK MENEGUR PERKARA MUNGKAR

Ramai orang mengatakan belum cukup ilmu apabila ditanyakan mengapa tidak menegur orang yang berbuat salah. Tidak kurang juga yang mengatakan diri sendiri belum baik, mengapa perlu menegur orang lain. Bahkan ada juga yang mengatakan perlu apa menjaga tepi kain orang, tak perlu jadi 'busy body'. Adakah kita semakin menjadi manusia yang individualistik? Amat mementingkan diri sendiri? Dan banyak lagi alasan lain untuk tidak menegur.Barangkali sifat merendah diri atau memikirkan kelemahan dan kekurangan diri menjadikan kita tidak yakin dan akhirnya meninggalkan usaha mengajak kebaikan.

Persepsi Diri Yang Salah

Ada di antara kita yang memandang zaman ini menegur orang biarlah kepada mereka yang ber'authoriti' . Serahkan sahaja pada pak imam, ustaz atau ustazah. Ada yang berpendapat untuk menegur orang lain diri perlu menjadi maksum seperti nabi Muhammad s.a.w. Malu dengan latar belakang keluarga yang tidak sempurna didikan agama.



Kewajipan Nasihat Menasihati Bukanlah Untuk Orang Tertentu


Sudilah memberi teguran yang baik dan berhikmah, kerana tanpanya manusia akan selalu terbabas. Fitrah manusia yang selalu lupa dan terburu-buru, seringkali diruntun oleh gelodak nafsu. Berbanggalah diri sebagai seorang Islam, menjadikan kita ini sebahagian dari masyarakat yang membentuk manusia dari dalam dan luaran. Jika berdiam sahaja melihat buasnya dunia meladeni manusia, alamat kita sedang menuju kehancuran. Bukan sahaja melibatkan perhubungan sesama manusia, bahkan menyebarkan barah kepada bidang ekonomi, politik, pendidikan dan akhirnya diri sendiri. Terlalu mengharapkan orang lain kadangkala hanya meninggalkan harapan sahaja. Allah memberitahu di dalam al Quran yang bererti, hendaklah ada sebahagian dari golongan yang menyeru kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran. Mereka itulah orang yang berjaya. (Surah Ali Imran : 104)

Golongan yang disebutkan menurut Dr Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya Usul Ad-Dakwah; adalah orang Islam itu sendiri. Kita adalah umat yang terbaik yang lahir dari kelompok manusia wajib untuk mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran. Hukumnya sudah menjadi wajib pada masa kini kerana golongan yang menegur itu semakin mengecil jumlahnya. Menasihati bukan satu cara sahaja. Mereka yang rugi antaranya adalah yang tidak mahu berpesan-pesan kepada perkara kesabaran dan kebenaran. Tidak perlu dengan mengeluarkan hadith atau ayat al Quran yang kadangkala mad's(orang yang ditegur/didakwah) pun tidak tercapai akalnya hendak menerima kerana mereka sendiri jahil mengenainya.

Seorang muslim yang hebat mempunyai daya pemikiran yang kretif dan mempunyai semangat yang tidak putus-putus untuk mengajak manusia kepada kebaikan. Ada daya dengan tangan, maka penyampaian nasihat melalui tulisan atau lukisan. Menyentuh hati kadangkala lebih berjaya dengan diri kita yang menunjukkan kebaikan. Sentiasa bermanis muka, tersenyum, tidak mudah marah, suka menolong dan tidak celupar ketika menutur kata.

Allah melihat usaha kita

Pastinya, Allah tidak melihat kepada natijah kepada usaha kita. Maka, marilah nasihat-menasihati sesama kita kerana tiada kerugian dalam melaksanakan amar ma'ruf dan nahi munkar.